Skip to main content

Terjagakah Talian Hayat Aku??


Assalamualaikum....


 Hubungan antara manusia seboleh-bolehnya kita nak jaga. Hubungan antara mak ayah, suami dan isteri mahupon antara kawan-kawan disekeliling kita sebolehnya,nak tak nak kena jaga, kena jaga hati diorang 'kemah keming' tapi hati sendiri takde maknanya orang lain nak jaga.Tapi pernah tak kita fikir hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta macam mana??Elok terjaga atau tidak?? Subhanallah kadang-kadang aku pon tergolong dalam kalangan yang lalai. Mudahnya hati ini lalai dengan nikmat duniawi yang ternyata sementara.






Bila aku kata aku sedang berubah, kadangkala diri ini terbabas juga
Maka tegurlah, bukan menghukum
Sayangilah, bukan memfitnah
Maafkanlah, bukan membenci
Mudahkanlah, bukan menyusahkan

Jadi ingatkanlah aku, bukan mengejek
Kerana diri ini masih lemah 
Mudah terlupa, mudah terleka
Bantulah aku duhai teman

Bimbinglah aku Ya Allah
Kerana Engkaulah satu-satu talian hayat yang aku ada








Comments

Jari Manis said…
Assalam Ayu yang tomei tu...lama tak bersiaran ek

Betul tu...ramai yg terlupa untuk menjaga hubungan dgn Allah mereka lebih pentingkan hubungan sesama manusia. Termasuklah akak JM ni kekadang TERLALAI..apa tak nya..ingat Allah semasa nk SOLAT je..sedangkan Allah sentiasa bersama dan melihar gerak geri kita kan..marilah kita sama2 muhababah diri termasuk akak ni..

Kita kita jaga hubungan denga Allah, in sha Allah hubungan kita dengna manuasi akan terjaga..

Ahakss..panjang pulak komen nyeee
Farah Shahidah said…
hai awak. me also feel the same..mmg btol.hbgn dgn Allah tu kne jge dlu kan...
Scha Nazri said…
Kita manusia biasa. Yg sering buat kesilapan. Sya pun selalu lalai. Termakan hasutan syaitan. Huhu. Just banyakkan baca Al-Quran dan Insya-Allah semuanya selamat. Amin :)
::EIDA:: said…
lama tak bersiaran fizah. hehehe.. sesuka je panggil fizah. heee ~ dekatkan diri kita dengan NYA, itu je kunci hidup ni.. aminn ;))
Azian Elias said…
salam kenal..


semoga ALLAH sentiasa kukuhkan iman kita.. AMEEN.

Popular posts from this blog

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!! Ya Allah rindunya nak membebel balik kat blog nih. Dah berkurun tak update langsung. Tiba-tiba hari ni datang mood balik nak menaip nak lepas kempunan hehe. Jari-jemari kaku almaklum la dah bertahun tinggalkan dunia blog. Alhamdulillah walaupun dah lama tak bersiaran, masih lagi diberi kesempatan oleh Dia Yang Maha Esa untuk terus bernafas dan menyambut hari kemenangan umat islam iaitu hari raya adilfitri pada tahun 2017. Alhamdulillah jugak dapat beraya bersama dengan ahli keluarga dan sanak-saudara di kelantan. Walaupun, hari raya keempat dah mula bekerja seperti biasa, masih terasa kehangatan raya tahun ni. Tunggu nak menjengah rumah terbuka sahabat #teamrayakl plak.  Raya korang macam mana tahun ni?? Ada apa-apa perubahan?? Aku masih beraya dalam kategori #teamrayasolo hahaha. Mana-mana yang bakal bertukar status syukur alhamdulillah, kalau ada kenduri tu jemput-jemput la aku di sini, sekurang-kurangnya dapat merasa kenduri

Kisah Disebalik Renew Passport : Part 1

Assalamualaikum..... Nak dijadikan citer,khamis lepas ingatkan nak amik waktu kelepasan untuk keluar office. Ni semua semata-mata nak pi renew passport tapi cuaca tak mengizinkan, dari pagi sampai tengahari hujan lebat sangat,so aku sedapkan hati lepas abis waktu keje kul 5 nanti terus pecut pi sana. Tup tup lepas lunch and siap-siap nak solat, tengok luar tingkap office aihhh cerah semacam la plak, hujan dah reda hurmmm dalam hati frust menonggeng jugak la sebab takut tak sempat nak renew passport gara-gara emergency trip yang aku rancang sobsob. Kalau ikut hati ingat nak main redah jer kat airport tu tapi lepas dapat feedback dari kawan fb terus decide nak renew. Balik keje terus kelam-kabut, mandi pon tak sempat, terus pecut pi UTC Pudu. Alhamdulillah sampai jer kat UTC  tengok orang macam tak ramai, so cepat sikit passport nak siap. Tapi aku ni jenis clumsy sikit bhahaha no giliran 1624, tapi bila imigresen announce no 1622 terus aku pi pecut duduk tahap selesa kat

Air Asia Big Shots Day

Assalamualaikum.. Sanggup taw iolls bersengkang mata gara-gara promo Air Asia ni. Ke korea kah kita?? hahaha mana tau leh jumpa buah hati iolls si Lee Min Ho tu kihkih, tapi hampeh website dia server down la plak dah sejam ni hah tak dapat bukak jugak website dia tuhhh...please la upgrade sikit. Bukan Air Asia jer taw, MAS pon taknak kalah..perang besar nampak gaya, ni nak balas dendam pasal nasi lemak telanjang ke apa nih kihkih. Insyaallah lau ada rezeki rembat seat yang murah boleh dah la planning for next year trip..yuhoooo  Jenuhlah nak tunggu camni. Tarik selimut tido.