Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Aku bukannya Baik sanGat pon taPi xsalah kalaU nak upgrade Slow-slOw

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Kali ini aku bukan nak cerita pasal mati, rangkap-rangkap diatas hanya penyedap bagi pembukaan yer tuan puan cik dato datin...hahaha tapi kali nih aku nak bangkitkan sunnah-sunnah yang diamalkan oleh nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi s.a.w itu adalah: Pertama  Amalkan solat tahajjud karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.  Kedua Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah

CinTa YanG TerinDaH

Assalamualaikum.. Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Ada yang memburu cinta seorang wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta hakiki yang tidah pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah lah yang layak dikejar. Disini aku ingin kongsikan petua-petua bagi merasai manisnya mencintai Allah. Jadikan ia amalan dalam hidup kita seharian. Tak salahkan kalau kita sama-sama lakukan perubahan. Berubah kearah yang lebih baik itu sangatlah dituntut. Insyaallah dengan izinNya semuanya akan diredhai. 1. A malkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa soal dan alasan.  2. Redha atas segala ketentuan qadak dan qadar terutamanya jika berlaku musibah. 3. Kerahkan segala anggota badan mentaati Allah termasuk hati dan juga lidah. 4.Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa. 5. Ikhlas .Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanyalah semata-mata untuk mendapatkan    keredhaanNya.