Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Tak Sangka ALLAH Balas Cepat

Assalamualaikum...     Just nak share apa yang aku terbaca kat fb pagi-pagi nih.. Ketika saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu. ...   Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang. Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya. Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya. "Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu. Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami p

Apa erti raya bagi anda??

  Assalamualaikum..      Raya?? bagi aku raya adalah sangat best sebab boleh makan banyak-banyak, takde sape pon nak larang tapi tu masa kecik jer la.Skunk dah besar dah pandai kira kalori so dah pandai diet laaaa. Zaman budak dulu tersangat la syookk rasa macam nak raya 30 hari 30 malam padahal puasa pon setakat separuh hari, tu pon boleh kira sebulan berapa hari aku puasa. Alhamdulillah naik jer umur 9 tahun dah start puasa penuh tapi siang-siang masih bukak periuk terliuq tengok pucuk paku masak kicap. Rasa kicap setitik pon dah rasa kenyang hahahaha.    Bila tiba jer hari raya time kumpul ramai-ramai berebut nak duit raya, pakcik pakcik akan annouce sape puasa penuh dia dapat duit raya paling banyak. Aku puasa yang bape kerat jer nih bapak cepat angkat tangan mengaku puasa penuh..taktaw malu betoiiii. Bukak jer sampul duit raya tengok rm1, pahtu taye plak budak yang betoii-betoii puasa penuh kau dapat bape wei??..budak tu pon dapat rm1 gak hurmmmm sah kene tipu.