Skip to main content

Kisah Disebalik Renew Passport : Part 1

Assalamualaikum.....


Nak dijadikan citer,khamis lepas ingatkan nak amik waktu kelepasan untuk keluar office. Ni semua semata-mata nak pi renew passport tapi cuaca tak mengizinkan, dari pagi sampai tengahari hujan lebat sangat,so aku sedapkan hati lepas abis waktu keje kul 5 nanti terus pecut pi sana. Tup tup lepas lunch and siap-siap nak solat, tengok luar tingkap office aihhh cerah semacam la plak, hujan dah reda hurmmm dalam hati frust menonggeng jugak la sebab takut tak sempat nak renew passport gara-gara emergency trip yang aku rancang sobsob. Kalau ikut hati ingat nak main redah jer kat airport tu tapi lepas dapat feedback dari kawan fb terus decide nak renew.


Balik keje terus kelam-kabut, mandi pon tak sempat, terus pecut pi UTC Pudu. Alhamdulillah sampai jer kat UTC  tengok orang macam tak ramai, so cepat sikit passport nak siap. Tapi aku ni jenis clumsy sikit bhahaha no giliran 1624, tapi bila imigresen announce no 1622 terus aku pi pecut duduk tahap selesa kat kaunter. Siap akak imigresen perli lagi, no 1622 dik oiii bukan 1624. Takpe konfiden itu penting. So kat situ tak pasal-pasal memalukan diri sendiri. Dah nasib pekak sikit nak wat camne hahaha. Patut la ada abang hensem tengok aku semacam sebab tu no giliran dia, sesedap rasa jer nak cantas giliran. Nasib baik hensem, lau tak dah lama aku hayun tangan kat dia bhaahaha, kau dah kenape kan?? Eh tetiba nak naik angin plak. 

So, bila nak renew tu dia akan tanya samada nak renew selama 2 atau 5 tahun, kalau 2 tahun bayaran yang dikenakan RM100 dan 5 tahun plak RM300. Bila fikir balik amik yang 5 tahun macam  best jugak sebab yelah tak payah dah susah-susah nak renew banyak kali, tapi aku pikir balik RM300 dan RM100 banyak beza tu babe, boleh wat shopping sakan kat negara jiran nanti. End up aku amik yang 2 tahun sajoklah yer, tapi yang balance expired date  22 Oct 2014 passport aku tu kira burn dan dikira hari yang kita buat passport baru. If amik yang 5 tahun baru la tak rugi yang 6 bulan tu. Entah aku pon tak faham sangat, yang aku nak passport aku boleh guna jer. 

Korang if nak wat passport baru or nak renew, tak payah susah-susah pi amik gambar passport kat luar, kat aras 2 UTC tu memang dah ada kedai gambar, dekat jer ngan imigresen satu aras yang sama. Lepas sejam nanti dah boleh collect passport. Sempatlah aku abiskan masa sejam tu merayau dalam UTC tu dan solat maghrib kat sana. Syukur dapat solat kat surau situ, sayu giler bacaan imam, sebak tetiba. Lagipon dah lama tak berjemaah asyik sibuk dengan hal dunia sajokk. Insaflah wahai anak adam =(

 Alhamdulillah everything went well,so anyone yang nak renew passport pi la UTC Pudu, cepat pantas dan tangkas gituh. Lepas setel passport, berkira-kira nak pi tukar ic plak, yang ic aku still ic yang gambar warna dan bukan gambar double hitam putih tu..ermm faham ke idokk hahaha.  Dengar orang cakap if tak renew  ic lama sebelum tarikh lahir yang akan datang nanti kena denda. Entahlah aku decide tak jadi buat takut tak sempat siap keesokan harinya, even dia kata boleh siap hari jumaat. Tapi taknak amik risiko tak pasal-pasal tak siap nanti kat airport kena tahan bhahaha.

Bersambung =)






Comments

Jari Manis said…
Nak jln jauh le tu renew passport :-)
Setahu akak x der lak syarat utk tukar ic sblm tarikh lahir yg kena denda coz akak staff jpn :-)
Luqman Zakaria said…
hehe..boleh pulak kan tersalah no giliran..tape2 pengalaman tuh..hehe..happy blogging.
Time Traveller said…
Renew jer passport untuk keselamatan yang lebih terjamin :D

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-6-camden-town.html
::EIDA:: said…
sib baikkkk renew yekk! kalau takkk..xpergi cuti le jawabnyee.. eh eh nak kemana tuuuuu? huhuhu
Azhafizah MN said…
macam² hal kan..yang penting dapat settlekan

Popular posts from this blog

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!! Ya Allah rindunya nak membebel balik kat blog nih. Dah berkurun tak update langsung. Tiba-tiba hari ni datang mood balik nak menaip nak lepas kempunan hehe. Jari-jemari kaku almaklum la dah bertahun tinggalkan dunia blog. Alhamdulillah walaupun dah lama tak bersiaran, masih lagi diberi kesempatan oleh Dia Yang Maha Esa untuk terus bernafas dan menyambut hari kemenangan umat islam iaitu hari raya adilfitri pada tahun 2017. Alhamdulillah jugak dapat beraya bersama dengan ahli keluarga dan sanak-saudara di kelantan. Walaupun, hari raya keempat dah mula bekerja seperti biasa, masih terasa kehangatan raya tahun ni. Tunggu nak menjengah rumah terbuka sahabat #teamrayakl plak.  Raya korang macam mana tahun ni?? Ada apa-apa perubahan?? Aku masih beraya dalam kategori #teamrayasolo hahaha. Mana-mana yang bakal bertukar status syukur alhamdulillah, kalau ada kenduri tu jemput-jemput la aku di sini, sekurang-kurangnya dapat merasa kenduri

Air Asia Big Shots Day

Assalamualaikum.. Sanggup taw iolls bersengkang mata gara-gara promo Air Asia ni. Ke korea kah kita?? hahaha mana tau leh jumpa buah hati iolls si Lee Min Ho tu kihkih, tapi hampeh website dia server down la plak dah sejam ni hah tak dapat bukak jugak website dia tuhhh...please la upgrade sikit. Bukan Air Asia jer taw, MAS pon taknak kalah..perang besar nampak gaya, ni nak balas dendam pasal nasi lemak telanjang ke apa nih kihkih. Insyaallah lau ada rezeki rembat seat yang murah boleh dah la planning for next year trip..yuhoooo  Jenuhlah nak tunggu camni. Tarik selimut tido.