Skip to main content

Promo Qatar Airways To New York

Assalamualaikum


Alhamdulillah masih berkesempatan untuk update blog yang tak semenggah nih.Terpanggil untuk berkongsi tentang harga promosi yang ditawarkan oleh pihak Qatar Airways.Sebenarnya kalau diikutkan ada duit memang aku dah tempah tiket promo ni, namun apakan daya trip-trip lain masih bersusun.

Kalau ikutkan hati menjerit-jerit nak terbang ke New York sebab memang menjadi angan-angan aku untuk menjelajah bandar metropolitan tersebut. Apakan daya cuci mata jelah dulu.



Credit to : HERE


Credit to : HERE











Comments

Fyda Noh said…
Kalau nak dapat tiket murah kena rajin survey. Mungkin rezeki ke New York ada di masa depan.. :)
Jari Manis said…
Wowww trip bersusun2 katanya..nak ke mana tu!!!
zeera lily said…
wah.. bestnya bersusun trip..
next time promo boleh la g nyc

Popular posts from this blog

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!! Ya Allah rindunya nak membebel balik kat blog nih. Dah berkurun tak update langsung. Tiba-tiba hari ni datang mood balik nak menaip nak lepas kempunan hehe. Jari-jemari kaku almaklum la dah bertahun tinggalkan dunia blog. Alhamdulillah walaupun dah lama tak bersiaran, masih lagi diberi kesempatan oleh Dia Yang Maha Esa untuk terus bernafas dan menyambut hari kemenangan umat islam iaitu hari raya adilfitri pada tahun 2017. Alhamdulillah jugak dapat beraya bersama dengan ahli keluarga dan sanak-saudara di kelantan. Walaupun, hari raya keempat dah mula bekerja seperti biasa, masih terasa kehangatan raya tahun ni. Tunggu nak menjengah rumah terbuka sahabat #teamrayakl plak.  Raya korang macam mana tahun ni?? Ada apa-apa perubahan?? Aku masih beraya dalam kategori #teamrayasolo hahaha. Mana-mana yang bakal bertukar status syukur alhamdulillah, kalau ada kenduri tu jemput-jemput la aku di sini, sekurang-kurangnya dapat merasa kenduri

Kisah Disebalik Renew Passport : Part 1

Assalamualaikum..... Nak dijadikan citer,khamis lepas ingatkan nak amik waktu kelepasan untuk keluar office. Ni semua semata-mata nak pi renew passport tapi cuaca tak mengizinkan, dari pagi sampai tengahari hujan lebat sangat,so aku sedapkan hati lepas abis waktu keje kul 5 nanti terus pecut pi sana. Tup tup lepas lunch and siap-siap nak solat, tengok luar tingkap office aihhh cerah semacam la plak, hujan dah reda hurmmm dalam hati frust menonggeng jugak la sebab takut tak sempat nak renew passport gara-gara emergency trip yang aku rancang sobsob. Kalau ikut hati ingat nak main redah jer kat airport tu tapi lepas dapat feedback dari kawan fb terus decide nak renew. Balik keje terus kelam-kabut, mandi pon tak sempat, terus pecut pi UTC Pudu. Alhamdulillah sampai jer kat UTC  tengok orang macam tak ramai, so cepat sikit passport nak siap. Tapi aku ni jenis clumsy sikit bhahaha no giliran 1624, tapi bila imigresen announce no 1622 terus aku pi pecut duduk tahap selesa kat

Air Asia Big Shots Day

Assalamualaikum.. Sanggup taw iolls bersengkang mata gara-gara promo Air Asia ni. Ke korea kah kita?? hahaha mana tau leh jumpa buah hati iolls si Lee Min Ho tu kihkih, tapi hampeh website dia server down la plak dah sejam ni hah tak dapat bukak jugak website dia tuhhh...please la upgrade sikit. Bukan Air Asia jer taw, MAS pon taknak kalah..perang besar nampak gaya, ni nak balas dendam pasal nasi lemak telanjang ke apa nih kihkih. Insyaallah lau ada rezeki rembat seat yang murah boleh dah la planning for next year trip..yuhoooo  Jenuhlah nak tunggu camni. Tarik selimut tido.