Skip to main content

Tip Untuk Melancong Ke Luar Negara


                                     Assalamualaikum....

Lama tak bersiaran,blog almost setahun terabai...tapi tetiba nak share somethings yang aku terbaca dari salah satu group travel di FB.Tapi sumber asal dari
SINI....

1) Ambil polisi insurans sebelum travel e.g. HSBC Travel Safe, etc. kerana kos perubatan di luar negara esp Eropah sgt mahal.

2) Jangan terlalu excited dan awasi sekeliling anda.

3) Awasi barang anda setiap masa.

4) Fotostat atau bawa salinan kad pengenalan dan passport anda. Salinan passport kdg-kala diterima di sesetengah negara. Bermakna anda tidak perlu mengusung passport anda setiap masa anda berjalan. Tinggalkan saja passport dalam safety box di bilik hotel.

5) Tidak perlu membawa kad pengenalan, kad touch n go, kad matrik, lesen memandu ke luar negara (kecuali jika anda ingin memandu di sana). Semuanya tidak berguna di luar negara kecuali passport anda. Passport = nyawa anda.

6) Barg-barg penting seperti pasport, duit, kredit kad, atm kad harus disimpan dalam pakaian yg anda gunakan bukan di dalam beg sandang belakang.

7) Jgn simpan duit anda di satu tempat sahaja e.g. dalam poket seluar, agih-agihkan di pelbagai tempat e.g. dalam poket jaket sebelah dalam dan luar, etc. Jika anda bersama keluarga e.g. isteri agihkan sedikit kepada isteri anda. Jika berlaku kecurian anda masih mempunyai duit back-up.

8) Simpan dan catit no. tel penting dalam nota anda seperti no. tel bank untuk block kad jika berlaku kecurian, no. tel kedutaan Msia di luar negara dan juga no. tel emergency negara tersebut...dah tentu bukan 999.

9) Bawa duit belanja cukup utk perbelanjaan hari itu sahaja. Selebihnya boleh disimpan dlm safety box di bilik Hotel. Berdasarkan pengalaman, safety box dlm Hotel di Europe adalah selamat. Kalo berlaku kecurian di safety box pihak hotel akan membayar pampasan.

10) Memakai safety beg adalah sangat digalakkan. Pouch tidak begitu selamat dan mudah diambil oleh pickpocket. Simpan wallet di poket depan atau belakang lagi tak selamat.

11) Jika ada barg berharga disimpan di bilik hotel, letakkan label pintu 'do not disturb' di bilik hotel anda. Anda boleh minta cleaner mengemaskan bilik anda ketika anda berada di dalam bilik. Tiada masalah...customer is always right.

12) Jgn pandang rendah pickpocket di Eropah...mereka mempunyai skil yg tinggi dgn sekelip mata duit anda lesap. Mereka lebih hebat dari ahli silap mata.

13) Pickpoket di Eropah biasanya berkumpulan, sorg akan distract/mengalihkan tumpuan anda dan sorg lagi akan kebas duit/beg/barg anda. Mungkin ada ramai lagi pelakon tambahan di sekeliling anda.

14) Tempat tumpuan ramai adalah tempat tumpuan pickpocket e.g. dalam bas, train, tram, airport. Berhati-hati ketika melihat persembahan street performers esp jika ramai org. Mungkin juga street performers adalah salah seorg daripada mereka.

15) Kawasan yang mempunyai signboard 'beware of pickpocket' atau dalam pengumuman disebut 'please take care of your belongings' adalah kawasan hitam. Anda harus lebih berhati-hati.

16) Berhati-hati ketika merentasi sempadan antara negara menggunakan train. Pickpocket dan snatch thief sgt aktif di sini kerana jika anda kehilangan passport sukar untuk anda memasuki negara tersebut utk membuat laporan polis esp jika anda kehilangan semua wang.

16) Jgn pinjamkan telefon bimbit anda kepada org yg tidak dikenali. Jika ada yg meminta katakan anda tiada telefon, tiada kredit atau tunjukkan dia telefon awam.

17) Jgn terlalu layan org yang ingin berbual-bual dengan anda. Takde maknanya...anda datang untuk melancong bukan utk berborak.

18) Jgn layan org yang hendak menukar duit kecil dengan anda. Mereka boleh menukarnya di kedai runcit jika membeli gula sugus.

19) Jgn layan org yg tidak dikenali yang tiba-tiba memberi salam dan menghulur tgn untuk bersalam kepada anda. Jawab saja salamnya tanpa berjabat tangan. Jika tidak bernasib baik mungkin jam atau wallet anda lesap. Untuk mengelakkan pick-pocket harus tiada contact dan sentuhan badan.

20) Kaji indeks jenayah di tempat yg anda ingin lawati. Baca tripadvisor mengenai tempat tersebut. Banyak panduan boleh diperoleh di situ.

21) Jangan letakkan beg berisi brg berharga e.g. camera di rak atas kepala dalam train.

22) Jangan semuanya tidur di dalam bas/train. Salah seorg perlu berjaga.

23) Tidak ada polis berpakaian biasa di Eropah yg akan cek passport, duit, kredit kad anda.

24) Beli tiket di kaunter khas atau travel agency bukan dari org perseorangan yg menawarkan harga murah kepada anda.

25) Jangan layan, tawar menawar atau beli souvenir dari org perseorangan yg menjaja souvernir kepada anda. Anda mungkin ditangkap polis kerana membeli barangan dari peniaga illegal.

Malang tidak berbau, jika anda tidak bernasib-baik, apa yang anda perlu lakukan ialah:

1) Jangan panik.

2) Call bank utk block kesemua kad bank dan kad kredit anda dgn segera. Dalam satu jam mungkin duit anda dalam bank boleh hilang kesemuanya.

3) Buat report polis di tempat kejadian tersebut berlaku. Jika kejadian berlaku di Paris buat report di Paris bukan di Brussels. Jika anda menyedari kehilangan brg setelah sampai ke destinasi lain katakan saja anda kehilangan brg di tempat tersebut bukan di tempat sebelumnya. Jika tidak anda perlu kembali semula ke tempat/negara sebelumnya untuk membuat laporan polis di sana.

4)Masukkan senarai semua barang yg anda hilang termasuk wang dan pakaian. Ini akan memudahkan urusan claim insurans. Report perlu dibuat dalam masa 24 jam.

4) Jika anda kehilangan passport, bawa report polis ke kedutaan untuk membuat passport sementara. Anda akan dikenakan bayaran bermakna anda perlu mempunyai wang.

5) Jika anda kehilangan kesemua wang, pergi ke Western Union, guna kan salinan/fotostat dokumen pengenalan diri yg anda bawa untuk menerima penghantaran duit daripada keluarga anda. 



            Sekian, xoxo neway rindu nak blogging macam dulu tapi masa tak mengizinkan.Insyaallah akan buat comeback gituh.


Comments

Jari Manis said…
terima kasih Ayu dia atas perkoingsian tips ini dan sis akak gunakan sbg panduan..

YEzz almost a year tak bersiaran..mana pigi..

ehem ehem..tangan jejaka mana tu berbaju coklat..dalam diam2 yek heee
::EIDA:: said…
mana pergiiiiii setahunnnn????? ehem dah ade tangan jejaka hihihi
Anonymous said…
terima kasih atas perkongsian :-)
Scdha Sein (SS) said…
Kalu passport adalah nyawa... Lebih baik di bawa bersama... Jangan di simpan dlm peti besi... He He He...
Scdha Sein (SS) said…
Nak sampai kat Airport sebelum ke luar negara kena bawak ic dan lesen.. Takut masa onway ke airport kena tahan polis.. he he he...
Jari Manis said…
betul ckp kak Nam
Scdha Sein (SS) said…
Makkkk aiii... Cemana taw SS lepak sini nih? Got instinct ke? Perghhhh!

Popular posts from this blog

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!! Ya Allah rindunya nak membebel balik kat blog nih. Dah berkurun tak update langsung. Tiba-tiba hari ni datang mood balik nak menaip nak lepas kempunan hehe. Jari-jemari kaku almaklum la dah bertahun tinggalkan dunia blog. Alhamdulillah walaupun dah lama tak bersiaran, masih lagi diberi kesempatan oleh Dia Yang Maha Esa untuk terus bernafas dan menyambut hari kemenangan umat islam iaitu hari raya adilfitri pada tahun 2017. Alhamdulillah jugak dapat beraya bersama dengan ahli keluarga dan sanak-saudara di kelantan. Walaupun, hari raya keempat dah mula bekerja seperti biasa, masih terasa kehangatan raya tahun ni. Tunggu nak menjengah rumah terbuka sahabat #teamrayakl plak.  Raya korang macam mana tahun ni?? Ada apa-apa perubahan?? Aku masih beraya dalam kategori #teamrayasolo hahaha. Mana-mana yang bakal bertukar status syukur alhamdulillah, kalau ada kenduri tu jemput-jemput la aku di sini, sekurang-kurangnya dapat merasa kenduri

Kisah Disebalik Renew Passport : Part 1

Assalamualaikum..... Nak dijadikan citer,khamis lepas ingatkan nak amik waktu kelepasan untuk keluar office. Ni semua semata-mata nak pi renew passport tapi cuaca tak mengizinkan, dari pagi sampai tengahari hujan lebat sangat,so aku sedapkan hati lepas abis waktu keje kul 5 nanti terus pecut pi sana. Tup tup lepas lunch and siap-siap nak solat, tengok luar tingkap office aihhh cerah semacam la plak, hujan dah reda hurmmm dalam hati frust menonggeng jugak la sebab takut tak sempat nak renew passport gara-gara emergency trip yang aku rancang sobsob. Kalau ikut hati ingat nak main redah jer kat airport tu tapi lepas dapat feedback dari kawan fb terus decide nak renew. Balik keje terus kelam-kabut, mandi pon tak sempat, terus pecut pi UTC Pudu. Alhamdulillah sampai jer kat UTC  tengok orang macam tak ramai, so cepat sikit passport nak siap. Tapi aku ni jenis clumsy sikit bhahaha no giliran 1624, tapi bila imigresen announce no 1622 terus aku pi pecut duduk tahap selesa kat

Air Asia Big Shots Day

Assalamualaikum.. Sanggup taw iolls bersengkang mata gara-gara promo Air Asia ni. Ke korea kah kita?? hahaha mana tau leh jumpa buah hati iolls si Lee Min Ho tu kihkih, tapi hampeh website dia server down la plak dah sejam ni hah tak dapat bukak jugak website dia tuhhh...please la upgrade sikit. Bukan Air Asia jer taw, MAS pon taknak kalah..perang besar nampak gaya, ni nak balas dendam pasal nasi lemak telanjang ke apa nih kihkih. Insyaallah lau ada rezeki rembat seat yang murah boleh dah la planning for next year trip..yuhoooo  Jenuhlah nak tunggu camni. Tarik selimut tido.