Assalamualaikum.....
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, ecehhh mukadimah orang tengah mengantuk tapi gigih jugak nak menaip bertabahlah uollss baca apa yang aku nak melalut nih.
Kalau diberi peluang untuk sambung balik study, siap ada biasiswa bagai sapa taknak wehh tambah-tambah untuk aku yang setakat ada diploma nih hahh tsskkk...redho jelah sebab aku bukan jenis pulun nak study pon miahaha tapi kalau rezeki nak amik degree ke master ada depan mata alhamdulillah sangat, sujud syukur barangkali.
Bagi aku ini ibarat peluang keemasan kot, dari zaman muda remaja memang cita-cita nak study obersi. Menitik airmata darah wei tengok member seret beg kat epot nak pi study obersi. Aku?? hanya mampu tengok jelah, tulah sape suruh spm dulu tak pulun baca buku biologi, fizik,kimia dan seangkatan subjek?? hafal segala mak nenek dalam buku tuh?? Lau tak gerenti straight A's (mata ke atas,tangan ke bahu). Atleast, rezeki aku study obersi tercapai jugak sebab dapat kolej nursing kat Kuching 3 tahun lepas.
Ni antara surat yang sampai kat jabatan aku, bila sekali imbas tengok pon dah rasa eksaited. Baik hati jugak KKM ni pelawa nurses untuk mengikuti Bachelor of Science (Nursing) di Curtin University of Technology, Australia. Aku eksaiteddd okeh!! And it's opened to all nurses yang dah servis sekurang-kurangnya 3 tahun dan syarat-syarat lain.
Alangkah bertuahnya calon yang berjaya mendapat tempat dalam tawaran nih sebab calon tersebut akan ditawarkan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP). Segala perbelanjaan di Curtin University akan ditanggung oleh pihak penganjur termasuk bayaran yuran pengajian, tambang pergi balik, elaun sara hidup, perlindungan kesihatan, elaun buku serta kos sampingan yang lain, nama pon biasiswa kannn!!
Tapi disaat ini, konfiden entah melayang ke mana..nak isi borang pon dah rasa rendah diri, rasa macam tak layak sebab aku taw ada orang kat luar sana yang lebih layak dari aku. Nurses yang lebih banyak pengalaman dari aku, lebih senior dari aku dan mungkin turut pendam perasaan untuk rasa study obersi macam apa yang aku rasa. Let them go first kekdahnya.
Fikir semasak-masaknya, 2 tahun pejam celik pejam celik sekejap je aku rasa, tapi beban dan tanggungjawab lain lebih setia dan padu atas bahu aku. Mungkinkah impian akan jadi kenyataan?? atau bakal terkubur begitu saje seperti 7 tahun lepas?? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Aku percaya rezeki tu dimana-mana, kalau bukan sekarang maybe tahun-tahun yang mendatang aminnn.
Neway, tenkiu to my bestie Farah sebab bagi support kat aku untuk further study balik. Ni bukan rezeki aku kot.
Malam ni mimpi jelah jejak kaki kat Curtin University.
Malam ni mimpi jelah jejak kaki kat Curtin University.
Comments