Skip to main content

Apa erti raya bagi anda??

 
Assalamualaikum..
 
  
Raya?? bagi aku raya adalah sangat best sebab boleh makan banyak-banyak, takde sape pon nak larang tapi tu masa kecik jer la.Skunk dah besar dah pandai kira kalori so dah pandai diet laaaa. Zaman budak dulu tersangat la syookk rasa macam nak raya 30 hari 30 malam padahal puasa pon setakat separuh hari, tu pon boleh kira sebulan berapa hari aku puasa. Alhamdulillah naik jer umur 9 tahun dah start puasa penuh tapi siang-siang masih bukak periuk terliuq tengok pucuk paku masak kicap. Rasa kicap setitik pon dah rasa kenyang hahahaha.
  

Bila tiba jer hari raya time kumpul ramai-ramai berebut nak duit raya, pakcik pakcik akan annouce sape puasa penuh dia dapat duit raya paling banyak. Aku puasa yang bape kerat jer nih bapak cepat angkat tangan mengaku puasa penuh..taktaw malu betoiiii. Bukak jer sampul duit raya tengok rm1, pahtu taye plak budak yang betoii-betoii puasa penuh kau dapat bape wei??..budak tu pon dapat rm1 gak hurmmmm sah kene tipu.
 

Dulu waktu kecik-kecik sebut jer pasal raya bukan main happy sangat, siap lompat kanggaru atas kerusi rotan kesayangan mak. Kalau boleh nak teriak "yeayyy yeayy esok nak raya" sampai anak jiran pon dengar. Dah besar panjang macam skunk takde makna dah nak lompat kanggaru sebab malu kat housemate. Kang housemate punggah barang pindah rumah lain kang aniaya tu. 

 
Zaman kecik-kecik dulu kat rumah takde biskut raya pon takpe..tak berapa nak kisah sangat makan kerepek ubi takpon cekedis supering pon dah sangat heaven okehhh. Mak aku pon bukan jenis kisah sangat pasal biskut nih, suka lagi telan rendang daging ngan lemang gamaknya. Tapi dah besar ni bukan main demand kauuuu..almond london,mama carrie, semperit, popia gulung yang kecik-kecik tu  wajib ade. Sangat mengujakan bila dok kunyah biskut tu time tengok tv  haisshhh takyah nak mengujakan sangat  laaa oiii.

 
Dulu waktu budak hingusan ingatkan aku ada sorang mak jer, dialah tempat aku mengadu dialah tempat aku meminta-minta,dan dialah yang tolong belikan baju raya sumer tapi bila dah besar hakikatnya sangat pahit. Malangnya ibu kandung aku dah  takde  sejak lahirkan aku. Saat  aku teringin nak tengok wajah dia, hanya batu nisan menjadi ratapan.
 
 
Bila terkenangkan arwah  ibu, alhamdulillah masih diberi kudrat untuk sedekahkan al-fatihah untuk ibu. Maksu aku pon selalu pesan "ingat setiap perbuatan baik yang si anak lakukan, si ibu pon dapat ganjaran". Subhanallah.
 
 
Tiap kali raya zaman aku dah besar ni selalu teringat bende nostalgik camnih pahtu mula la air mata nak meleleh. Tambah tambah kalau tengok iklan kat tv, tisu sekotak pon boleh abisss. Alhamdulillah aku masih kuat untuk terima dugaan nih hanya Dia yang Maha Mengetahui hikmah disebaliknya.
 
 
Tiba-tiba mood raya dah hilang...
  
 




P/S : Mohon sahabat sekalian sedekah al fatihah untuk ibu saya yer




Comments

Jari Manis said…
JM setuju...time kecik2 dulu raya paling heaven..suka pegi rumah kutip duit raya..end of the day...balik kira duit siapa yg dpt paling byk..

bila dah besar dan start kerja..raya x best sgt..perlu kuar duit hihhi..tp fikir balik tak perlah niat sedekah. Pastu perlu sibuk duduk dapur sediakan juadah untuk tetamu dtang umah..raya ke 2 ketiga baru sempat keluar ziarah..

Alah Ayu..jgn sedih2..kuat semangat tau..In Sha Allah ibu Ayu maybe bahagia di alam sana..meh kita sedekahkan byk2 surah Al-Fatihah dan Yasin kpd beliau. Amin
pena rozie said…
Seronok raya zaman kanak2....
Time Traveller said…
Moga roh ibu mu di letak bersama2 para suhada' dan alim ulamak dan para anbiyak..

selamat hari raya aidilfitri :D
Nina Mads said…
selamat hari raya buat ayu sekeluarga. maaf jika ada salah dan silap ya.

maaf nina bru baca komen ayu tu..hehe
ni emailnya amaninamads@ymail.com
haz said…
al-fatihah. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman. aamiin =)

part yg plg best time raya bg haz ofkos dpt duit raya. walaupn dh besr pnjg. hahahha. takdelah. yg lg best tu dpt mkn mknan sedap2 yg only dpt mkn time raya n jumpe sedara mara yg jrg kte jumpe. kan kan. hee

selamat hari raya maaf zahir batin!! ^^
Liza Razak said…
bila baca entry sis ni..teringat masa raya kecik2 dulu..waa..best sgt!!

Popular posts from this blog

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!! Ya Allah rindunya nak membebel balik kat blog nih. Dah berkurun tak update langsung. Tiba-tiba hari ni datang mood balik nak menaip nak lepas kempunan hehe. Jari-jemari kaku almaklum la dah bertahun tinggalkan dunia blog. Alhamdulillah walaupun dah lama tak bersiaran, masih lagi diberi kesempatan oleh Dia Yang Maha Esa untuk terus bernafas dan menyambut hari kemenangan umat islam iaitu hari raya adilfitri pada tahun 2017. Alhamdulillah jugak dapat beraya bersama dengan ahli keluarga dan sanak-saudara di kelantan. Walaupun, hari raya keempat dah mula bekerja seperti biasa, masih terasa kehangatan raya tahun ni. Tunggu nak menjengah rumah terbuka sahabat #teamrayakl plak.  Raya korang macam mana tahun ni?? Ada apa-apa perubahan?? Aku masih beraya dalam kategori #teamrayasolo hahaha. Mana-mana yang bakal bertukar status syukur alhamdulillah, kalau ada kenduri tu jemput-jemput la aku di sini, sekurang-kurangnya dapat merasa kenduri

Kisah Disebalik Renew Passport : Part 1

Assalamualaikum..... Nak dijadikan citer,khamis lepas ingatkan nak amik waktu kelepasan untuk keluar office. Ni semua semata-mata nak pi renew passport tapi cuaca tak mengizinkan, dari pagi sampai tengahari hujan lebat sangat,so aku sedapkan hati lepas abis waktu keje kul 5 nanti terus pecut pi sana. Tup tup lepas lunch and siap-siap nak solat, tengok luar tingkap office aihhh cerah semacam la plak, hujan dah reda hurmmm dalam hati frust menonggeng jugak la sebab takut tak sempat nak renew passport gara-gara emergency trip yang aku rancang sobsob. Kalau ikut hati ingat nak main redah jer kat airport tu tapi lepas dapat feedback dari kawan fb terus decide nak renew. Balik keje terus kelam-kabut, mandi pon tak sempat, terus pecut pi UTC Pudu. Alhamdulillah sampai jer kat UTC  tengok orang macam tak ramai, so cepat sikit passport nak siap. Tapi aku ni jenis clumsy sikit bhahaha no giliran 1624, tapi bila imigresen announce no 1622 terus aku pi pecut duduk tahap selesa kat

Air Asia Big Shots Day

Assalamualaikum.. Sanggup taw iolls bersengkang mata gara-gara promo Air Asia ni. Ke korea kah kita?? hahaha mana tau leh jumpa buah hati iolls si Lee Min Ho tu kihkih, tapi hampeh website dia server down la plak dah sejam ni hah tak dapat bukak jugak website dia tuhhh...please la upgrade sikit. Bukan Air Asia jer taw, MAS pon taknak kalah..perang besar nampak gaya, ni nak balas dendam pasal nasi lemak telanjang ke apa nih kihkih. Insyaallah lau ada rezeki rembat seat yang murah boleh dah la planning for next year trip..yuhoooo  Jenuhlah nak tunggu camni. Tarik selimut tido.