Assalamualaikum..
Sebentar tadi aku sempat tengok Majalah 3,tetiba sebak ermmm kagum tengok anak- anak jalanan di Bandung yang tidak punya apa-apa ke hulu hilir mencari rezeki. Alhamdulillah kalau nak dibandingkan dengan kita di negara sendiri ternyata lebih baik.
Anak jalanan ini tanpa sedikit rasa malu, berusaha menghiburkan hati orang ramai. Dan antara anak jalanan yang terselit di tv tadi ialah 57KUSTIK yang merupakan pemuzik jalanan asuhan RMHR.
Pada mulanya rezeki mereka di lampu merah menagih sedikit rezeki dari manusia, kalau bernasib baik insyaallah lepas untuk sesuap nasi. Namun akhirnya anak-anak jalanan ini berjaya ke pertunjukkan muzik. Betol la rezeki dimana-mana asal kita rajin dan bertindak.
57KUSTIK
All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them
Pepatah di atas meyakinkan bahawa siapapun berhak mempunyai mimpi dan mencapai mimpi tersebut. Seperti kelima pemuzik jalanan yang bergabung dalam group 57KUSTIK ini yang terdiri daripada Andri , Yadi, Ipan, Ari dan Alif
Saat menjadi pemuzik di Simpang Dago mereka hanya bermimpi, mimpi mereka hanya berharap agar boleh hidup yang lebih baik. Bahkan 57KUSTIK juga tidak pernah membayangkan boleh berada satu panggung dan berganding dengan Saxophonist senior berasal dari California, Dave Koz di salah satu event muzik jazz.
Layan jugak diorang main muzik jazz, pandai plak kaki iolls terhentak-hentak dengar diorang main muzik ihikkss. Situasi macam ni kadang-kadang beri semangat baru untuk terus berusaha. Ayuh uolls kita kejar mimpi insyaallah betulkan niat and just do what you love.
Impian takkan menjadi kenyataan jika kita tidak bermimpi. Dan mimpi takkan jadi kenyataan kalau sekadar bermimpi
Comments
Mereka tidak pernah rasa malu dan penat kan sbb dh biasa idup susah klau kt msia hmmm no komen heeee
Bantuan anda diperlukan.. plizz "Bantuan anda diperlukan.."