Assalamualaikum
Hari minggu lau bosan kat umah konfem kuar pi Mid valley takpon Leisure Mall, tapi aku nak ubah cikit hobi yang perabih duit tu, nanti duit wat shopping boleh simpan buat kawen winkwink. So kali nie jom cuci mata tengok keindahan alam semulajadi plak lari dari hiruk pikuk bandar gituh. Actually tak plan pon nak ikut housemate balik kampong dia kat Kuala Berang, tapi pucuk dicita ulam mendatang, apalagi kita terjah je lah.
Ni last minute punya plan, lepas keje haritu terus siap- siap ke Hentian Putra nak naik bas kat sana. Ini kira gamble la sebab tak beli tiket awal tapi alhamdulillah kira bernasib baik still ade tiket. Bas kalau nak ke kuala Berang beli tiket bas Tasik Kenyir sebab lagi dekat compare to bas ke Kuala Terengganu.
Alhamdulillah kul 4 pagi dah sampai umah member aku, so sambung tido balik. Pagi nanti baru kita explore Tasik Kenyir. Dari umah member aku kat Sg Tong nak ke Kenyir tak lah jauh sangat pon dalam 30 minit gituh. Kira berbaloi 30 minit aku tu sebab kiri kanan pokok hijau merimbun ececehhh. Lagipon excited giler okehh, first time sampai kat Kenyir.
Sampai sana terus laju berdesuuuppp kuar kete, get ready tuk photoshoot mihmih =).Tenkiu bebanyak dekat kak Yah (sepupu housemate aku) sebab sudi bawak kitorang jalan sini. Seyes kau bawak satria neo kau tu macam kete F1 ganas giler tahuu.
Tasik Kenyir is the largest man-made lake in South East Asia
|
Ya Allah tenang jer bila ade kat sini, ngan pokok nan menghijau merimbun, air yang tidak bergelora (aku try nak sepuitis mungkin nih hahaha). Kat kenyir ni bukan setakat boleh makan angin tapi banyak ag xtvt lain antaranya camping, jungle trekking and also water sport. Tapi minah sorang nie beria-ria sangat nak naik bot keliling pulau, macam la tak penah naik bot hahaha (aku lah tuw). Lagipon budak Irsyad and Ima pon beria-ria jugak.
Nak naik bot bukannya free okeeh satu bot tu kena bayar dalam rm40 (pusing sebahagian pulau tu jer),max 8 orang dalam satu bot. Lau nak keliling satu pulau dekat ratus2 jugak so lau pegi ramai nanti boleh la tong tong bayar. Actually aku takut naik bot kat tasik sebab dari kecik otak aku dipesongkan dengan citer mitos Tasik Chini yang ade naga bagai tu bhahaha. Skunk dah besar dah boleh pikir logik, iolls dah tak takut hehehe.
Sambil bot pusing pulau boleh la feeling ala Titanic. Budak kecik boleh la tiru budak besar macam aku mau tak tenggelam bot.
Rindu budak hensem ni |
Bagi yang nak bermalam kat Kenyir pon boleh resort/chalet kat sini banyak. Nak ber'honeymoon' lagi la digalakkan bhahaha.
Antaranya:
Lake Kenyir Resort & Spa
Petang Island Resort
Kenyir Sanctuary Resort
Lake Land Resort
Musang Kenyir Resort
Nak lebih info boleh tengok SINI
p/s: Nanti korang boleh la plan bercuti ngan hubby and family kat sini =)
Comments