Assalamualaikum..
Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Ada yang memburu cinta seorang wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta hakiki yang tidah pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah lah yang layak dikejar.
Disini aku ingin kongsikan petua-petua bagi merasai manisnya mencintai Allah. Jadikan ia amalan dalam hidup kita seharian. Tak salahkan kalau kita sama-sama lakukan perubahan. Berubah kearah yang lebih baik itu sangatlah dituntut. Insyaallah dengan izinNya semuanya akan diredhai.
1. Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa soal dan alasan.
2.Redha atas segala ketentuan qadak dan qadar terutamanya jika berlaku musibah.
3.Kerahkan segala anggota badan mentaati Allah termasuk hati dan juga lidah.
4.Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
5.Ikhlas.Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanyalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya.
6.Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNya.
7.Renew. Sentiasalah perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah yang dikerjakan lakukanlah yang lain pula.
8.Aktif. Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah akan menjadi ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.
9.Pinta.Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cintaNya. Oleh sebab itu pintalah daripada Allah cintaNya dan laksanakan amalan yang disukaiNya.
10.Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
11.Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa tidak sedap hati saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhkan diri dari maksiat.
Ketahuilah cinta Allah perlukan mujahadah. Cinta Allah yang begitu agung dan suci pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah tidak semudah yang disangka. Sudah adat, setiap yang mahal sukar untuk mendapatkannya. Bandingkannya seperti pasir dengan permata. Pasir murah harganya kerana ia boleh dicari dimana-mana. Sebaliknya mutiara begitu tinggi nilainya, maka perlu kepada usaha untuk menyelam ke dasar lautan untuk mendapatkannya. Apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian.
Sejauh manakah cinta kita kepadaNya??
Insyaallah aku akan cuba kongsikan apa yang aku dapat melalui pembacaan sekurang-kurangnya dalam kehidupan seharian kita tidak akan lupa pada Yang Maha Pencipta.
"Sampaikanlah dariKu walau sepotong ayat "
Comments
http://telagaputihworks.blogspot.com/2011/06/minta-tolong-plzz.html