Skip to main content

SyuKur iTu LeBih beSar nikmaTnya

Assalamualaikum..

Pernah tak korang terfikir paling takpon pernah terlintas kat hati korang  "Bestnya hidup orang tu..dah la lawa nak mampos, kaya plak tu, study obeci lagi, eh eh papa dia dato' la mama dia plak datin..pergh pergh ni dah lebih-lebih. Situasi ini kadang-kadang membuatkan anda teringin giler dan meracau-racau nak jadi orang tu dan hidup dalam kehidupan dia. Pernah kan?? Nampak bebeno nipunya kalau korang cakap tak pernah. Aku kerap jugak la dalam situasi macam ni.

Kadang-kadang kita merasakan hidup yang kita lalui kalau nak dibandingkan dengan orang lain di sekeliling amat membosankan tak ceria langsung. Hidup orang lain best-best, sumer bende nampak syok belaka. Jarang sekali kan kita nampak orang lain hidup dalam keadaan muram durja ataupon dalam kesusahan dengan masalah yang tak abis-abis.

Yang menambahkan lagi kesedihan dan kemuraman kita kalau kita lihat orang itu asyik gembira dan selalu dikurniakan nikmat-nikmat kehidupan di duniawi contohnya naik pangkat la, beli kereta besar la, suami yang kacak giler la , anak-anak sumer dah berjaya dalam pelajaran la dan macam-macam 'la' nikmat duniawi... ermmm 'la' kat belakang tu penyedap ayat k!! dan diakhirnya kita akan mula bermonolog " kalaulah aku jadi dia kan best tentu syok abis".

Wake up guys, ada ke orang yang nak ceritakan masalah dia kepada orang lain tambah-tambah orang yang suka memendam perasaan? Hakikatnya, manusia ni lebih cenderung menunjuk-nunjuk kegembiraannya kepada orang lain dan sorokkan segala masalah yang ada. Biarpon masalah tu kadang-kadang boleh bikin kepala meletup bila-bila masa jer. Tapi ada gak manusia yang jenis suka mengeluh takpon mengadu tentang masalah yang dihadapi at last pendengar kepada masalah tu plak yang pening memikirkan masalah korang tu.

Korang tak tau maybe situasi sukar yang dialami hanya akan diceritakan kepada orang-orang tertentu sahaja yang betul-betul memahaminya. So , kita tidak seharusnya menilai seseorang dengan luarannya sahaja sedangkan lara dalaman dia kita tak tau pon. Mungkin kehidupan orang tu lagi rumit dari kita, cuma dia tidak zahirkan kepada kita. Who's know??

Mesti ramai yang pernah terfikir macam tu kan?? Aku tak nafikan, aku pon pernah terfikir camtu. Tetapi pernah tak kita fikir, kenapa kita perlu bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain? Kenapa perlu memperkecilkan diri sendiri dan mengangkat orang lain sampai membuatkan kita rasa hina, low self-esteem dan lain-lain yang sewaktu dengannya??

That's why wujudnya sifat syukur. Orang yang sentiasa bersyukur itu pasti akan merasakan dirinya sentiasa cukup dan gembira. Dia tidak perlu untuk membandingkan dirinya dengan orang lain sampai membuatkan dirinya rasa sedih dan tertekan. Apa yang aku nak tekankan dekat sini  redhalah dengan pemberian yang sedikit dan gembira dengan apa yang kita dapat. Apa yang mampu kita buat hanyalah berusaha, berusaha untuk dapatkan apa yang kita inginkan. Orang lain pon perlu usaha untuk capai ke tahap dia berada sekarang bukan semuanya turun dari langit.

Dan ingatlah :

"Apabila seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi harta kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada orang-orang yang lebih bawah darinya"


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu...."


Photobucket

psstt: Ni pon untuk peringatan untuk kita bersama dan diri sendiri gak 

Comments

marilah kita mengucapkan syukur atas segalanya! semoga kita dilimpahkan dengan rezeki..Amin
anumuchan said…
sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada..mungkin sesuatu yang ada dekat kita tapi tak ada dekat orang lain kan..chill :)
sue said…
syukur tak kire ape keadaan pun kan3
http://ceriteno0nanana.blogspot.com/
singgah ea i baru lagi kat cn
Anonymous said…
sangat menarik, terima kasih

Popular posts from this blog

Tip Untuk Melancong Ke Luar Negara

                                     Assalamualaikum.... Lama tak bersiaran,blog almost setahun terabai...tapi tetiba nak share somethings yang aku terbaca dari salah satu group travel di FB.Tapi sumber asal dari SINI .... 1) Ambil polisi insurans sebelum travel e.g. HSBC Travel Safe, etc. kerana kos perubatan di luar negara esp Eropah sgt mahal. 2) Jangan terlalu excited dan awasi sekeliling anda. 3) Awasi barang anda setiap masa. 4) Fotostat atau bawa salinan kad pengenalan dan passport anda. Salinan passport kdg-kala diterima di sesetengah negara. Bermakna anda tidak perlu mengusung passport anda setiap masa anda berjalan. Tinggalkan saja passport dalam safety box di bilik hotel. 5) Tidak perlu membawa kad pengenalan, kad touch n go, kad matrik, lesen memandu ke luar negara (kecuali jika anda ingin memandu di sana). Semuanya tidak berguna di luar negara kecuali passport anda. Passport ...

Budget Travel : Bangkok

Assalamualaikum   Tengah planning budget travel ke Bangkok, ade sapa sudi jadi travel partner kita tak hahaha. Aku tengok harga macam mengancam giler dah or ade harga lagi murah erkk?? Help me help me               Sebab ape aku pilih Bangkok?? sebab tak penah pi la hahaha            

2014 Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2014. Angan-angan 2014 nak makin rajin berblog tapi hampeh wal hancussss, iolls hanya mampu blogwalking sepanjang meniti hari-hari 2014. Terima kasih banyak-banyak buat kengkawan blogger yang sudi singgah kat blog mati segan hidup tak mau ni..sayang korang =) Kalau nak diringkaskan sepanjang tahun lepas alhamdulillah banyak perkara berlaku yang mematangkan diri aku. Jatuh bangun aku dalam mengejar cita-cita banyak mengajar aku erti sabar dan benarlah tak semua apa yang kita inginkan akan jadi milik kita. Subhanaallah baru aku sedar selama ni aku leka dalam mengejar keinginan yang tiada penghujung. Sorrylah yer taip entri ni malam buta (semalam)  so jiwang dia lain macam cikit bhahahaa. Sebenarnya banyak benda sangat aku nak citer tapi bila fikir balik hurmm simpan jelah dalam hati peram sampai berulat haha. Yang boleh kongsi tu aku kongsi la yer. Actually  banyak giler ...