Skip to main content

Rezeki Lampu Merah

Assalamualaikum..


Sebentar tadi aku sempat tengok  Majalah 3,tetiba sebak ermmm kagum tengok anak- anak jalanan di Bandung yang tidak punya apa-apa ke hulu  hilir mencari rezeki. Alhamdulillah kalau nak dibandingkan dengan kita di negara sendiri ternyata lebih baik.




 Anak jalanan ini tanpa sedikit rasa malu, berusaha menghiburkan hati orang ramai. Dan antara anak jalanan yang terselit di tv tadi ialah 57KUSTIK yang merupakan pemuzik jalanan asuhan RMHR.

Pada mulanya rezeki mereka di lampu merah menagih sedikit rezeki dari manusia, kalau bernasib baik insyaallah lepas untuk sesuap nasi. Namun akhirnya anak-anak jalanan ini berjaya ke pertunjukkan muzik. Betol la rezeki dimana-mana asal kita rajin dan bertindak. 



57KUSTIK


All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them


 Pepatah di atas meyakinkan bahawa siapapun berhak mempunyai mimpi dan mencapai mimpi tersebut. Seperti kelima pemuzik jalanan yang bergabung dalam group
57KUSTIK ini yang terdiri daripada Andri , Yadi, Ipan, Ari dan  Alif

Saat menjadi pemuzik di Simpang Dago  mereka hanya bermimpi, mimpi mereka hanya berharap agar boleh hidup yang lebih baik. Bahkan
57KUSTIK juga tidak pernah membayangkan boleh berada satu panggung dan berganding dengan Saxophonist senior berasal dari California, Dave Koz di salah satu event muzik jazz.



Layan jugak diorang main muzik jazz, pandai plak kaki iolls terhentak-hentak dengar  diorang main muzik ihikkss. Situasi macam ni kadang-kadang beri semangat baru untuk terus berusaha. Ayuh uolls kita kejar mimpi insyaallah betulkan niat and just do what you love.


Impian takkan menjadi kenyataan jika kita tidak bermimpi. Dan mimpi takkan jadi kenyataan kalau sekadar bermimpi








Comments

Anonymous said…
Utk pengetahuan cik, 57kustik pernah diundang ke Malaysia sebagai wakil Indonesia utk World Youth Jazz Malaysia. Tahun 2012, pertama kali mereka naik kapal terbang..seluruh band mengucap syukur dan menangis. Kami rasa bangga dgn mereka, tutur kata lembut, humble dan talented. www.worldyouthjazzfest.com
HaFizaH aYu said…
Tengs for infrmation cik anymous..insyaallah jazzfest next year nati kne pi tp msti 57kustik xde dah
Nina Ahmad said…
itu lah remaja malaysia kdang2 tak reti nk bersyukur
nadia farahida said…
setuju sangatttt, just do what we love! :) baru benda tu betul2 datang dari hati.
::EIDA:: said…
betul.. dulu masa ida g bandung, heyyy kesian tgok diaorang meminta minta.. kita nk bg rasa serba salah sangatt.. bagi sorang, sepoloh datang ntii.. hukhuk
::EIDA:: said…
betul.. dulu masa ida g bandung, heyyy kesian tgok diaorang meminta minta.. kita nk bg rasa serba salah sangatt.. bagi sorang, sepoloh datang ntii.. hukhuk
Jari Manis said…
Uikk ada blog rupanya lehh sggah selalu :-)

Mereka tidak pernah rasa malu dan penat kan sbb dh biasa idup susah klau kt msia hmmm no komen heeee
Mek Onie said…
buat sesuatu yang kita suka,inshaAllah mendatangkan faedah...
Dayang Deno said…
bersyukur kita di sini :)
IFA Athirah said…
yeahh!mari kite bersama2!!ehehe
ejulz said…
x pernah dengar lagi lagu diorang ni.. nak dgr la nnti.. :)

Bantuan anda diperlukan.. plizz "Bantuan anda diperlukan.."
anumuchan said…
Salam ramadhan :)
Mek Onie said…
peghibur jalanan pun dah boleh jadi retiskan :D
Mek Onie said…
peghibur jalanan pun dah boleh jadi retiskan :D

Popular posts from this blog

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!! Ya Allah rindunya nak membebel balik kat blog nih. Dah berkurun tak update langsung. Tiba-tiba hari ni datang mood balik nak menaip nak lepas kempunan hehe. Jari-jemari kaku almaklum la dah bertahun tinggalkan dunia blog. Alhamdulillah walaupun dah lama tak bersiaran, masih lagi diberi kesempatan oleh Dia Yang Maha Esa untuk terus bernafas dan menyambut hari kemenangan umat islam iaitu hari raya adilfitri pada tahun 2017. Alhamdulillah jugak dapat beraya bersama dengan ahli keluarga dan sanak-saudara di kelantan. Walaupun, hari raya keempat dah mula bekerja seperti biasa, masih terasa kehangatan raya tahun ni. Tunggu nak menjengah rumah terbuka sahabat #teamrayakl plak.  Raya korang macam mana tahun ni?? Ada apa-apa perubahan?? Aku masih beraya dalam kategori #teamrayasolo hahaha. Mana-mana yang bakal bertukar status syukur alhamdulillah, kalau ada kenduri tu jemput-jemput la aku di sini, sekurang-kurangnya dapat merasa kend...

Budget Travel : Bangkok

Assalamualaikum   Tengah planning budget travel ke Bangkok, ade sapa sudi jadi travel partner kita tak hahaha. Aku tengok harga macam mengancam giler dah or ade harga lagi murah erkk?? Help me help me               Sebab ape aku pilih Bangkok?? sebab tak penah pi la hahaha            

FrozeN Lake

Assalamualaikum..semalam aku dok godek godek kat yahoo, dah takde keje, nak hupdate blog bukan main susah sampai yahoo pon aku usha 189077 kali, dok delete email yang bertambun entah bende kejadah apa punyer email masuk dalam inbox sumer. Last last dalam masa dok usha mamat yahoo tu mata terkena panahan asmara kat picture kat bawah ni..Subhanallah cantik sangat!! Pic yang ohsemm kat atas ni diambil oleh sorang gambargrapher Emmanuel Coupe iaitu seorang peserta dalam National Geographic Traveler Photo Contest 2011 di frozen lake (tasik beku kalau ditranslate) yang bertempat di Canada. Teringin nak amik gambar yang super ohsemm macam nie guna kamera buruk aku....ermm adakah hasil nyer akan sama sebijik cam emmanuel atau lebih ohsemm lagi. Tapi sayang frozen lake tu kat Canada kalau frozen lake belakang umah aku kang senang ckit, bukan setakat frozen lake, tangki kumbahan umah  masuk sekali dalam gambar. Ape yang aku dok pendam nak taip dari tadi lihatlah kebesaran T...