Assalamualaikum..
Pernah tak korang terfikir paling takpon pernah terlintas kat hati korang "Bestnya hidup orang tu..dah la lawa nak mampos, kaya plak tu, study obeci lagi, eh eh papa dia dato' la mama dia plak datin..pergh pergh ni dah lebih-lebih. Situasi ini kadang-kadang membuatkan anda teringin giler dan meracau-racau nak jadi orang tu dan hidup dalam kehidupan dia. Pernah kan?? Nampak bebeno nipunya kalau korang cakap tak pernah. Aku kerap jugak la dalam situasi macam ni.
Kadang-kadang kita merasakan hidup yang kita lalui kalau nak dibandingkan dengan orang lain di sekeliling amat membosankan tak ceria langsung. Hidup orang lain best-best, sumer bende nampak syok belaka. Jarang sekali kan kita nampak orang lain hidup dalam keadaan muram durja ataupon dalam kesusahan dengan masalah yang tak abis-abis.
Yang menambahkan lagi kesedihan dan kemuraman kita kalau kita lihat orang itu asyik gembira dan selalu dikurniakan nikmat-nikmat kehidupan di duniawi contohnya naik pangkat la, beli kereta besar la, suami yang kacak giler la , anak-anak sumer dah berjaya dalam pelajaran la dan macam-macam 'la' nikmat duniawi... ermmm 'la' kat belakang tu penyedap ayat k!! dan diakhirnya kita akan mula bermonolog " kalaulah aku jadi dia kan best tentu syok abis".
Wake up guys, ada ke orang yang nak ceritakan masalah dia kepada orang lain tambah-tambah orang yang suka memendam perasaan? Hakikatnya, manusia ni lebih cenderung menunjuk-nunjuk kegembiraannya kepada orang lain dan sorokkan segala masalah yang ada. Biarpon masalah tu kadang-kadang boleh bikin kepala meletup bila-bila masa jer. Tapi ada gak manusia yang jenis suka mengeluh takpon mengadu tentang masalah yang dihadapi at last pendengar kepada masalah tu plak yang pening memikirkan masalah korang tu.
Korang tak tau maybe situasi sukar yang dialami hanya akan diceritakan kepada orang-orang tertentu sahaja yang betul-betul memahaminya. So , kita tidak seharusnya menilai seseorang dengan luarannya sahaja sedangkan lara dalaman dia kita tak tau pon. Mungkin kehidupan orang tu lagi rumit dari kita, cuma dia tidak zahirkan kepada kita. Who's know??
Mesti ramai yang pernah terfikir macam tu kan?? Aku tak nafikan, aku pon pernah terfikir camtu. Tetapi pernah tak kita fikir, kenapa kita perlu bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain? Kenapa perlu memperkecilkan diri sendiri dan mengangkat orang lain sampai membuatkan kita rasa hina, low self-esteem dan lain-lain yang sewaktu dengannya??
That's why wujudnya sifat syukur. Orang yang sentiasa bersyukur itu pasti akan merasakan dirinya sentiasa cukup dan gembira. Dia tidak perlu untuk membandingkan dirinya dengan orang lain sampai membuatkan dirinya rasa sedih dan tertekan. Apa yang aku nak tekankan dekat sini redhalah dengan pemberian yang sedikit dan gembira dengan apa yang kita dapat. Apa yang mampu kita buat hanyalah berusaha, berusaha untuk dapatkan apa yang kita inginkan. Orang lain pon perlu usaha untuk capai ke tahap dia berada sekarang bukan semuanya turun dari langit.
Dan ingatlah :
"Apabila seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi harta kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada orang-orang yang lebih bawah darinya"
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu...."
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu...."
psstt: Ni pon untuk peringatan untuk kita bersama dan diri sendiri gak
Comments
http://ceriteno0nanana.blogspot.com/
singgah ea i baru lagi kat cn