Skip to main content

PartY BesdaY aKu yanG lasT

Assalamualaikum...

Semalam geng-geng budak semenanjung aras 2  dan 3 hostel pakat dok serang bilik aku...cakap nak bincang pasal tiket free perjalanan dari kuching ke kl. Depa cakap ade masalah cikit berkenaan luggage dan kitaorang kena support separuh dari harga tiket tu. So aku mati-mati percaya siap nak kol  ag bahagian pengurusan latihan. Yelah mana adil sebelum ni semua pihak KKM tanggung perjalanan pergi dan balik   tup tup nak suh bayar plak. Tapi depa nie pandai wat gimik rupa-rupanya nak suprisekan kami berlima. Nape berlima?? sebab bulan mei ni bukan aku sorang jer yang lahir kat dunia masa tu...aku ada geng-geng aku yang lahir sama bulan tapi lain-lain tarikh dan berlainan waktu..so nak jimat kos kena kumpulkan besday girl menjadi satu dan celebrate sama-sama.


DSCN2628
A lovely cake for 5 lovely girl - aku,niza,dhiya,shazwani and angah

DSCN2643 (2)
You know what...i really luv to eat cake

DSCN2630 (2)
Focus to the creamy cake...nyum nyum


Besday aku aritu 8 Mei dan roomate aku 18 Mei, memang satu kebetulan hanya beberapa hari jer yang membezakan aku dan roomate aku. Dan yang 3 0rang ag tu xperlu kot aku mention tarikh hehehe nanti en3 ni panjang berjuntai plak. Ape yang aku nak kongsi kat sini before aku sempat melahap kek tu, bila satu tragedi yang tidak berdarah tapi hampir buat aku kena strok berlaku. Plak tu cun-cun lepas kami berlima tiup lilin, seyes tragedi air panas tumpah memang gerun, sampai ada yang menggelupur macam ikan naik ke darat wei... nasib baik air panas tu kena sikit jer kat kain batik aku pakai semalam kalau tak sah-sah pi hospital dan melahap kek  kat sana. Alhamdullillah tiada mangsa yang cedera parah, 3 orang melecur sikit dan seorang selamat dari tragedi serta aku yang jadi mangsa yang   tak berapa parah.

Dan syukur sangat-sangat sebab tiada adegan siram-menyiram budu,air milo, telur busuk mahupon sebarang bentuk gurauan tambahan. Seyes aku takut lau orang nak kenakan aku sebab aku tak penah kena macam orang lain sampai bersiram dengan budu bagai...hahaha i'm  the lucky one kot. Bende-bende macam nie dah macam trend dah sebenarnya dalam geng aku dan korang pon mesti penah dajalkan orang gak an?? tak yah la pura-pura baik ngan aku...tengok hidung pon aku dah tau. Plus korang ada kawan yang gila-gila tak ingat dunia huru-hara dibuatnya. But for me, those little things will remain as memory la...bila ingat balik sah-sah dok senyum cam kerang busuk even korang didajalkan seteruknya.

Ini la penghujung ataupon sisa-sisa kenangan yang akan dicanai sebelum  aku dapat posting keje. Tak lama ag aku akan tinggalkan bumi sarawak, tempat yang banyak mengajar aku tentang kehidupan, persahabatan mahupon cinta yang tidak kesampaian...huhu so sebelum perpisahan itu tiba apa kata kita enjooooooy!!!


Comments

chenta nana said…
wow.. happy belated besday babe...
btw, salam kenal dari nana..)
NIA said…
wah sweetnya.hehe.happy belated birthday :)
HaFizaH aYu said…
chenta nana:tq bebanyak sbb wish kat ayu
izzati:hehe mn ada sweet biasa jer xmeriah sgt nway tq tau
ILA HonEyBuNNy said…
happy belated birthday dear...

cantik la kek tu....suka tgk kek cantik2...;-)
anumuchan said…
sedapnye kek :) hepi belated besday too^^
Madd said…
Happy belated besday...
sedapnye kek tu...
smga sukses lam hidup...
anumuchan said…
dtg lagi tengok kek sedap..huhuu~
redah dr blog ben...dah follow uuu
Syazana Justme said…
Happy belated birthday..sedapnye kek..terliur dh syaz..hehe..salam perkenalan..=)
HaFizaH aYu said…
hai uolls tq sangat2 coz sudi singgah & komen kat cni & also tq 4 da wish...nakkkk hadiah leh??

Popular posts from this blog

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!! Ya Allah rindunya nak membebel balik kat blog nih. Dah berkurun tak update langsung. Tiba-tiba hari ni datang mood balik nak menaip nak lepas kempunan hehe. Jari-jemari kaku almaklum la dah bertahun tinggalkan dunia blog. Alhamdulillah walaupun dah lama tak bersiaran, masih lagi diberi kesempatan oleh Dia Yang Maha Esa untuk terus bernafas dan menyambut hari kemenangan umat islam iaitu hari raya adilfitri pada tahun 2017. Alhamdulillah jugak dapat beraya bersama dengan ahli keluarga dan sanak-saudara di kelantan. Walaupun, hari raya keempat dah mula bekerja seperti biasa, masih terasa kehangatan raya tahun ni. Tunggu nak menjengah rumah terbuka sahabat #teamrayakl plak.  Raya korang macam mana tahun ni?? Ada apa-apa perubahan?? Aku masih beraya dalam kategori #teamrayasolo hahaha. Mana-mana yang bakal bertukar status syukur alhamdulillah, kalau ada kenduri tu jemput-jemput la aku di sini, sekurang-kurangnya dapat merasa kend...

Budget Travel : Bangkok

Assalamualaikum   Tengah planning budget travel ke Bangkok, ade sapa sudi jadi travel partner kita tak hahaha. Aku tengok harga macam mengancam giler dah or ade harga lagi murah erkk?? Help me help me               Sebab ape aku pilih Bangkok?? sebab tak penah pi la hahaha            

FrozeN Lake

Assalamualaikum..semalam aku dok godek godek kat yahoo, dah takde keje, nak hupdate blog bukan main susah sampai yahoo pon aku usha 189077 kali, dok delete email yang bertambun entah bende kejadah apa punyer email masuk dalam inbox sumer. Last last dalam masa dok usha mamat yahoo tu mata terkena panahan asmara kat picture kat bawah ni..Subhanallah cantik sangat!! Pic yang ohsemm kat atas ni diambil oleh sorang gambargrapher Emmanuel Coupe iaitu seorang peserta dalam National Geographic Traveler Photo Contest 2011 di frozen lake (tasik beku kalau ditranslate) yang bertempat di Canada. Teringin nak amik gambar yang super ohsemm macam nie guna kamera buruk aku....ermm adakah hasil nyer akan sama sebijik cam emmanuel atau lebih ohsemm lagi. Tapi sayang frozen lake tu kat Canada kalau frozen lake belakang umah aku kang senang ckit, bukan setakat frozen lake, tangki kumbahan umah  masuk sekali dalam gambar. Ape yang aku dok pendam nak taip dari tadi lihatlah kebesaran T...