Skip to main content

HappY NurSes DaY


Buka mata, buka minda, buka hati anda...aku bukan hendak mengeluh tapi sekadar meluahkan ape yang terpendam di lubuk sanubari yang paling dalam..ehem ehem biasa la malam2 ayat nak puitis jer. Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat hari jururawat khasnya untuk jururawat seluruh malaysia, lau nak over ag seluruh dunia la..tapi aku tau jururawat obeci mana la nak baca blog picisan nih.Ucapan selamat ni jugak khas tuk kamu-kamu yang penah dirawat atau pon lebih tepat yang penah kena cucuk kat bontot oleh jururawat sekalian..aku turut simpati kat korunk hahaha..(gelak cara sopan)


Straight to da point...hari jururawat secara rasminya telah diraikan pada 12 Mei pada setiap tahun, dimana tarikh ini dipilih sempena mengingati tarikh kelahiran Florence Nightingale iaitu pada 12 May 1820. FN ni merupakan seorang jururawat yang berkaliber, lagi bersemangat waja dalam mempertahankan karier jururwat pada masa lampau.Lau nak tau lebih-lebih korunk google la sendiri yer.ape guna google lau xguna ya dak?? Ape yang aku ingin perkatakan pada slot ni, aku ingin luahkan ape yang aku rase selama menjadi seorang pelatih jururawat. Ya aku tau karier seperti aku tidak la se'hawt' karier2 diluar sana, karier aku biasa-biasa sahaja hanya mendapat tempat disesetengah masyarakat.


Ya, aku kecewa...sangat kecewa ngan tanggapan setengah masyarakat yang menganggap karier ini tidak menjamin masa depan, karier ini jijik, karier ini  hanya  dipilih apabila terdesak. Mungkin bukan sumer beranggapan begini tapi inilah kenyataan sesetengah owang yang penah aku jumpa..dan xkurang jugak owang yang menyokong karier aku nih..Ya, dulu aku pon bodoh2 gak xtau ape keje sebenar seorang jururawat tapi aku belajar dari bawah apa itu jururawat yang sebenar..Ternyata karier ini mengalas bebanan yang besar, nyawa pesakit ditangan kami apa-apa yang berlaku kamilah yang harus bertanggungjawab...dugaan makin berat apabila terpaksa melayan karenah pesakit yang bermacam ragam dan ditambah plak ngan karenah doktor yang kadang2 wat aku pening kepala tahap nak hantuk kepala kat katil hospital.


Ya, aku mengaku karier ini bukan pilihan aku, bukan kehendak aku...tapi demi menjaga hati pihak2 tertentu aku pasrah, aku akur...sebab aku tau Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Dan aku tak lupa kata-kata seorang hamba Allah nih :


Lakukanlah sesuatu pekerjaan itu  dengan seikhlas mungkin walaupun kamu tidak suka akannya ...mungkin suatu hari Tuhan akan memberikan apa yang kamu idam-idamkan hasil dari penat lelah yang dilakukan.


Ya, aku mengaku selama aku bergelar pelatih jururawat banyak dugaan aku tempuhi, banyak benda aku perlu korbankan...penat memang penat, belajar sambil bekerja (praktikal) memang menguji kecekalan jiwa malahan mental...pernah aku hampir2 putus asa utuk tidak meneruskan karier ini tapi apakan daya..ada hati yang perlu aku jaga. Bukan setakat itu, aku juga berat hati apabila terpaksa melihat pemergian rakan seangkatan yang pergi meninggalkan kami selama-lamanya.Ya, dia mempunyai cita-cita yang sama, mempunyai satu impian untuk menjadi seorang jururawat professional. 


Dan ape yang wat aku terharu adalah bila perkataan Terima Kasih terpancul dari bibir pesakit. Ada sesuatu yang menusuk kalbu, ada suatu perasaan aneh yang membuatkan aku tuk terus berbakti. Ntah aku pon xtau ape sebenarnya perasaan tu, xdapat diluahkan. Ya, aku takut, takut tuk melihat mereka yang bergelar pesakit tiada di depan mata..betapa rase bersalahnya diri bila aku yang bergelar pelajar hanya mampu melihat, hanya mampu menolong sekadar yang mampu...aku sebak, sebak bila mendengar raungan dari keluarga pesakit. Aku manusia biasa tidak sekuat yang disangka..aku lemah, lemah dalam menangani emosi.


Tapi hanya satu perkara yang membuatkan aku bertahan dalam karier ini...aku ingin menjadi manusia yang berguna, menjadi manusia yang sentiasa berbakti kepada mereka yang memerlukan walau dipandang rendah sekalipon...kerna mungkin suatu hari aku akan menggantikan tempat pesakit-pesakit itu.




- SELAMAT HARI JURURAWAT -

-Maaf en3 panjang bebeno....terlebih emo, tambah ngan OSCE xabis2 ag
-tQ reading this en3 guys

Comments

nadiem sharmz said…
oh ayu!...slamat hari misi...hehehhe
NIA said…
selamat hari nurse~!hehe
Zaza said…
hari jururawat? ade pulak ye. idok le saye tahu
Lulu Caldina said…
selamat hari jururawat! :)
ILA HonEyBuNNy said…
selamat hari jururawat walaupun dah terlambat..hehe...

suka kata-kata neh...

Lakukanlah sesuatu pekerjaan itu dengan seikhlas mungkin walaupun kamu tidak suka akannya ...mungkin suatu hari Tuhan akan memberikan apa yang kamu idam-idamkan hasil dari penat lelah yang dilakukan.
Fatin said…
hepy nurses day too...
u know what...i baru tau ada hari jururawat..gila teruk i..huhuhhh....happy nurses day..!!
Ashraf Jalil said…
jemput masuk contest =D
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

Popular posts from this blog

Tip Untuk Melancong Ke Luar Negara

                                     Assalamualaikum.... Lama tak bersiaran,blog almost setahun terabai...tapi tetiba nak share somethings yang aku terbaca dari salah satu group travel di FB.Tapi sumber asal dari SINI .... 1) Ambil polisi insurans sebelum travel e.g. HSBC Travel Safe, etc. kerana kos perubatan di luar negara esp Eropah sgt mahal. 2) Jangan terlalu excited dan awasi sekeliling anda. 3) Awasi barang anda setiap masa. 4) Fotostat atau bawa salinan kad pengenalan dan passport anda. Salinan passport kdg-kala diterima di sesetengah negara. Bermakna anda tidak perlu mengusung passport anda setiap masa anda berjalan. Tinggalkan saja passport dalam safety box di bilik hotel. 5) Tidak perlu membawa kad pengenalan, kad touch n go, kad matrik, lesen memandu ke luar negara (kecuali jika anda ingin memandu di sana). Semuanya tidak berguna di luar negara kecuali passport anda. Passport ...

Budget Travel : Bangkok

Assalamualaikum   Tengah planning budget travel ke Bangkok, ade sapa sudi jadi travel partner kita tak hahaha. Aku tengok harga macam mengancam giler dah or ade harga lagi murah erkk?? Help me help me               Sebab ape aku pilih Bangkok?? sebab tak penah pi la hahaha            

2014 Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2014. Angan-angan 2014 nak makin rajin berblog tapi hampeh wal hancussss, iolls hanya mampu blogwalking sepanjang meniti hari-hari 2014. Terima kasih banyak-banyak buat kengkawan blogger yang sudi singgah kat blog mati segan hidup tak mau ni..sayang korang =) Kalau nak diringkaskan sepanjang tahun lepas alhamdulillah banyak perkara berlaku yang mematangkan diri aku. Jatuh bangun aku dalam mengejar cita-cita banyak mengajar aku erti sabar dan benarlah tak semua apa yang kita inginkan akan jadi milik kita. Subhanaallah baru aku sedar selama ni aku leka dalam mengejar keinginan yang tiada penghujung. Sorrylah yer taip entri ni malam buta (semalam)  so jiwang dia lain macam cikit bhahahaa. Sebenarnya banyak benda sangat aku nak citer tapi bila fikir balik hurmm simpan jelah dalam hati peram sampai berulat haha. Yang boleh kongsi tu aku kongsi la yer. Actually  banyak giler ...