Skip to main content

Terjagakah Talian Hayat Aku??


Assalamualaikum....


 Hubungan antara manusia seboleh-bolehnya kita nak jaga. Hubungan antara mak ayah, suami dan isteri mahupon antara kawan-kawan disekeliling kita sebolehnya,nak tak nak kena jaga, kena jaga hati diorang 'kemah keming' tapi hati sendiri takde maknanya orang lain nak jaga.Tapi pernah tak kita fikir hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta macam mana??Elok terjaga atau tidak?? Subhanallah kadang-kadang aku pon tergolong dalam kalangan yang lalai. Mudahnya hati ini lalai dengan nikmat duniawi yang ternyata sementara.






Bila aku kata aku sedang berubah, kadangkala diri ini terbabas juga
Maka tegurlah, bukan menghukum
Sayangilah, bukan memfitnah
Maafkanlah, bukan membenci
Mudahkanlah, bukan menyusahkan

Jadi ingatkanlah aku, bukan mengejek
Kerana diri ini masih lemah 
Mudah terlupa, mudah terleka
Bantulah aku duhai teman

Bimbinglah aku Ya Allah
Kerana Engkaulah satu-satu talian hayat yang aku ada








Comments

Jari Manis said…
Assalam Ayu yang tomei tu...lama tak bersiaran ek

Betul tu...ramai yg terlupa untuk menjaga hubungan dgn Allah mereka lebih pentingkan hubungan sesama manusia. Termasuklah akak JM ni kekadang TERLALAI..apa tak nya..ingat Allah semasa nk SOLAT je..sedangkan Allah sentiasa bersama dan melihar gerak geri kita kan..marilah kita sama2 muhababah diri termasuk akak ni..

Kita kita jaga hubungan denga Allah, in sha Allah hubungan kita dengna manuasi akan terjaga..

Ahakss..panjang pulak komen nyeee
Farah Shahidah said…
hai awak. me also feel the same..mmg btol.hbgn dgn Allah tu kne jge dlu kan...
Scha Nazri said…
Kita manusia biasa. Yg sering buat kesilapan. Sya pun selalu lalai. Termakan hasutan syaitan. Huhu. Just banyakkan baca Al-Quran dan Insya-Allah semuanya selamat. Amin :)
::EIDA:: said…
lama tak bersiaran fizah. hehehe.. sesuka je panggil fizah. heee ~ dekatkan diri kita dengan NYA, itu je kunci hidup ni.. aminn ;))
Azian Elias said…
salam kenal..


semoga ALLAH sentiasa kukuhkan iman kita.. AMEEN.

Popular posts from this blog

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!! Ya Allah rindunya nak membebel balik kat blog nih. Dah berkurun tak update langsung. Tiba-tiba hari ni datang mood balik nak menaip nak lepas kempunan hehe. Jari-jemari kaku almaklum la dah bertahun tinggalkan dunia blog. Alhamdulillah walaupun dah lama tak bersiaran, masih lagi diberi kesempatan oleh Dia Yang Maha Esa untuk terus bernafas dan menyambut hari kemenangan umat islam iaitu hari raya adilfitri pada tahun 2017. Alhamdulillah jugak dapat beraya bersama dengan ahli keluarga dan sanak-saudara di kelantan. Walaupun, hari raya keempat dah mula bekerja seperti biasa, masih terasa kehangatan raya tahun ni. Tunggu nak menjengah rumah terbuka sahabat #teamrayakl plak.  Raya korang macam mana tahun ni?? Ada apa-apa perubahan?? Aku masih beraya dalam kategori #teamrayasolo hahaha. Mana-mana yang bakal bertukar status syukur alhamdulillah, kalau ada kenduri tu jemput-jemput la aku di sini, sekurang-kurangnya dapat merasa kend...

Tip Untuk Melancong Ke Luar Negara

                                     Assalamualaikum.... Lama tak bersiaran,blog almost setahun terabai...tapi tetiba nak share somethings yang aku terbaca dari salah satu group travel di FB.Tapi sumber asal dari SINI .... 1) Ambil polisi insurans sebelum travel e.g. HSBC Travel Safe, etc. kerana kos perubatan di luar negara esp Eropah sgt mahal. 2) Jangan terlalu excited dan awasi sekeliling anda. 3) Awasi barang anda setiap masa. 4) Fotostat atau bawa salinan kad pengenalan dan passport anda. Salinan passport kdg-kala diterima di sesetengah negara. Bermakna anda tidak perlu mengusung passport anda setiap masa anda berjalan. Tinggalkan saja passport dalam safety box di bilik hotel. 5) Tidak perlu membawa kad pengenalan, kad touch n go, kad matrik, lesen memandu ke luar negara (kecuali jika anda ingin memandu di sana). Semuanya tidak berguna di luar negara kecuali passport anda. Passport ...

2014 Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2014. Angan-angan 2014 nak makin rajin berblog tapi hampeh wal hancussss, iolls hanya mampu blogwalking sepanjang meniti hari-hari 2014. Terima kasih banyak-banyak buat kengkawan blogger yang sudi singgah kat blog mati segan hidup tak mau ni..sayang korang =) Kalau nak diringkaskan sepanjang tahun lepas alhamdulillah banyak perkara berlaku yang mematangkan diri aku. Jatuh bangun aku dalam mengejar cita-cita banyak mengajar aku erti sabar dan benarlah tak semua apa yang kita inginkan akan jadi milik kita. Subhanaallah baru aku sedar selama ni aku leka dalam mengejar keinginan yang tiada penghujung. Sorrylah yer taip entri ni malam buta (semalam)  so jiwang dia lain macam cikit bhahahaa. Sebenarnya banyak benda sangat aku nak citer tapi bila fikir balik hurmm simpan jelah dalam hati peram sampai berulat haha. Yang boleh kongsi tu aku kongsi la yer. Actually  banyak giler ...