Skip to main content

JangaN MenYerah


Sahabatku,
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah
Teruskan melangkah
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya, asalkan kau terus melangkah.
Bangkitlah!

Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!
Sahabatku,

Teruskan langkahanmu,
Lagi, dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,Jangan dan jangan,
Kerana aku,
Amat-amat kepingin,
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.
Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku

credit to iluvislam.com


p/s: Tuhan lebih tahu apa yang berlaku, sebagai manusia biasa tak terjangkau dek pemikiran apa yang Dia rencanakan dalam diari hidupmu, kau perlu kuat sahabat jangan kau kurungkan dirimu dalam hidup yang suram..bangkit sahabatku dan aku mahu kau tahu, aku tetap berada dekat denganmu.

Comments

Popular posts from this blog

Budget Travel : Bangkok

Assalamualaikum   Tengah planning budget travel ke Bangkok, ade sapa sudi jadi travel partner kita tak hahaha. Aku tengok harga macam mengancam giler dah or ade harga lagi murah erkk?? Help me help me               Sebab ape aku pilih Bangkok?? sebab tak penah pi la hahaha            

FrozeN Lake

Assalamualaikum..semalam aku dok godek godek kat yahoo, dah takde keje, nak hupdate blog bukan main susah sampai yahoo pon aku usha 189077 kali, dok delete email yang bertambun entah bende kejadah apa punyer email masuk dalam inbox sumer. Last last dalam masa dok usha mamat yahoo tu mata terkena panahan asmara kat picture kat bawah ni..Subhanallah cantik sangat!! Pic yang ohsemm kat atas ni diambil oleh sorang gambargrapher Emmanuel Coupe iaitu seorang peserta dalam National Geographic Traveler Photo Contest 2011 di frozen lake (tasik beku kalau ditranslate) yang bertempat di Canada. Teringin nak amik gambar yang super ohsemm macam nie guna kamera buruk aku....ermm adakah hasil nyer akan sama sebijik cam emmanuel atau lebih ohsemm lagi. Tapi sayang frozen lake tu kat Canada kalau frozen lake belakang umah aku kang senang ckit, bukan setakat frozen lake, tangki kumbahan umah  masuk sekali dalam gambar. Ape yang aku dok pendam nak taip dari tadi lihatlah kebesaran T...

Rezeki Lampu Merah

Assalamualaikum.. Sebentar tadi aku sempat tengok  Majalah 3,tetiba sebak ermmm k agum tengok anak- anak jalanan di Bandung yang tidak punya apa-apa ke hulu  hilir mencari rezeki.  Alhamdulillah kalau nak dibandingkan dengan kita di negara sendiri ternyata lebih baik.  Anak jalanan ini tanpa sedikit rasa malu, berusaha menghiburkan hati orang ramai. Dan antara anak jalanan yang terselit di tv tadi ialah 57KUSTIK yang merupakan pemuzik jalanan asuhan RMHR . Pada mulanya rezeki mereka di lampu merah m enagih sedikit rezeki dari manusia, kalau bernasib baik insyaallah lepas untuk sesuap nasi.  Namun akhirnya anak-anak jalanan ini berjaya ke pertunjukkan muzik. Betol la r ezeki dimana-mana asal kita rajin dan bertindak.   57KUSTIK All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them  Pepatah di atas meyakinkan bahawa siapapun berhak mempunyai mimpi dan mencapai mimpi tersebut. Seperti kelima pemuzik...