Skip to main content

Aku bukannya Baik sanGat pon taPi xsalah kalaU nak upgrade Slow-slOw

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Kali ini aku bukan nak cerita pasal mati, rangkap-rangkap diatas hanya penyedap bagi pembukaan yer tuan puan cik dato datin...hahaha tapi kali nih aku nak bangkitkan sunnah-sunnah yang diamalkan oleh nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi s.a.w itu adalah:

Pertama 

Amalkan solat tahajjud karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Kedua

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Selalunya surah yang diamalkan adalah bacaan al-ma'thurat itupon dah cukup bagus untuk permulaan.

Ketiga

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat

Jaga solat Dhuha sebab kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Aku rindu sangat-sangat masa form 6 dulu sebab selalu solat dhuha secara jemaah ngan member. 


Kelima

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh 

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Selalu amalkan melafazkan kalimah " Ya Allah" bagi aku kalimah inilah kalimah yang dapat tenangkan fikiran aku.

Sekian.

Kena usaha untuk jaga tujuh sunnah nih, untuk kebaikan diri gak an..so selamat beramal korunk.

Sharing is Caring

Comments

NIA said…
and thanks for sharing :)
hamzah ian said…
berubah slow2.. hehe
SYAFIQAHSALEH said…
yup..kita manusia tak lari dari buat kesilapan..tapi no worries mesti boleh berubah punya :)
fynahere said…
fyna pon tengah berubah slow2 =)
Anonymous said…
moh la amalkan selalu kan..dh siap follow.tq mai blog saya.
amna said…
assalam..
saya suka entry ni. thanks sebb mengingatkan saya kembali kepada keindahan2 ni. :")

Popular posts from this blog

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!! Ya Allah rindunya nak membebel balik kat blog nih. Dah berkurun tak update langsung. Tiba-tiba hari ni datang mood balik nak menaip nak lepas kempunan hehe. Jari-jemari kaku almaklum la dah bertahun tinggalkan dunia blog. Alhamdulillah walaupun dah lama tak bersiaran, masih lagi diberi kesempatan oleh Dia Yang Maha Esa untuk terus bernafas dan menyambut hari kemenangan umat islam iaitu hari raya adilfitri pada tahun 2017. Alhamdulillah jugak dapat beraya bersama dengan ahli keluarga dan sanak-saudara di kelantan. Walaupun, hari raya keempat dah mula bekerja seperti biasa, masih terasa kehangatan raya tahun ni. Tunggu nak menjengah rumah terbuka sahabat #teamrayakl plak.  Raya korang macam mana tahun ni?? Ada apa-apa perubahan?? Aku masih beraya dalam kategori #teamrayasolo hahaha. Mana-mana yang bakal bertukar status syukur alhamdulillah, kalau ada kenduri tu jemput-jemput la aku di sini, sekurang-kurangnya dapat merasa kend...

Budget Travel : Bangkok

Assalamualaikum   Tengah planning budget travel ke Bangkok, ade sapa sudi jadi travel partner kita tak hahaha. Aku tengok harga macam mengancam giler dah or ade harga lagi murah erkk?? Help me help me               Sebab ape aku pilih Bangkok?? sebab tak penah pi la hahaha            

FrozeN Lake

Assalamualaikum..semalam aku dok godek godek kat yahoo, dah takde keje, nak hupdate blog bukan main susah sampai yahoo pon aku usha 189077 kali, dok delete email yang bertambun entah bende kejadah apa punyer email masuk dalam inbox sumer. Last last dalam masa dok usha mamat yahoo tu mata terkena panahan asmara kat picture kat bawah ni..Subhanallah cantik sangat!! Pic yang ohsemm kat atas ni diambil oleh sorang gambargrapher Emmanuel Coupe iaitu seorang peserta dalam National Geographic Traveler Photo Contest 2011 di frozen lake (tasik beku kalau ditranslate) yang bertempat di Canada. Teringin nak amik gambar yang super ohsemm macam nie guna kamera buruk aku....ermm adakah hasil nyer akan sama sebijik cam emmanuel atau lebih ohsemm lagi. Tapi sayang frozen lake tu kat Canada kalau frozen lake belakang umah aku kang senang ckit, bukan setakat frozen lake, tangki kumbahan umah  masuk sekali dalam gambar. Ape yang aku dok pendam nak taip dari tadi lihatlah kebesaran T...