Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!!
Ya Allah rindunya nak membebel balik kat blog nih. Dah berkurun tak update langsung. Tiba-tiba hari ni datang mood balik nak menaip nak lepas kempunan hehe. Jari-jemari kaku almaklum la dah bertahun tinggalkan dunia blog. Alhamdulillah walaupun dah lama tak bersiaran, masih lagi diberi kesempatan oleh Dia Yang Maha Esa untuk terus bernafas dan menyambut hari kemenangan umat islam iaitu hari raya adilfitri pada tahun 2017. Alhamdulillah jugak dapat beraya bersama dengan ahli keluarga dan sanak-saudara di kelantan. Walaupun, hari raya keempat dah mula bekerja seperti biasa, masih terasa kehangatan raya tahun ni. Tunggu nak menjengah rumah terbuka sahabat #teamrayakl plak.
Raya korang macam mana tahun ni?? Ada apa-apa perubahan?? Aku masih beraya dalam kategori #teamrayasolo hahaha. Mana-mana yang bakal bertukar status syukur alhamdulillah, kalau ada kenduri tu jemput-jemput la aku di sini, sekurang-kurangnya dapat merasa kenduri orang lain, kenduri diri sendiri entah bila lagi.
Sekian, dari aku untuk kali ini, cukuplah sekadar sedikit coretan pada bulan syawal nan indah. Ampun maaf dipinta sekiranya aku ada terkasar bahasa dalam komen-komen anda sekalian.
Terima kasih sudi baca entri merapu-rapu, almaklum sajalah melepas rindu.
Comments
Lya pun raya kelantan thn ni. tp raya ke3 baru balik . janji dpt blk. hehe