Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!! Ya Allah rindunya nak membebel balik kat blog nih. Dah berkurun tak update langsung. Tiba-tiba hari ni datang mood balik nak menaip nak lepas kempunan hehe. Jari-jemari kaku almaklum la dah bertahun tinggalkan dunia blog. Alhamdulillah walaupun dah lama tak bersiaran, masih lagi diberi kesempatan oleh Dia Yang Maha Esa untuk terus bernafas dan menyambut hari kemenangan umat islam iaitu hari raya adilfitri pada tahun 2017. Alhamdulillah jugak dapat beraya bersama dengan ahli keluarga dan sanak-saudara di kelantan. Walaupun, hari raya keempat dah mula bekerja seperti biasa, masih terasa kehangatan raya tahun ni. Tunggu nak menjengah rumah terbuka sahabat #teamrayakl plak. Raya korang macam mana tahun ni?? Ada apa-apa perubahan?? Aku masih beraya dalam kategori #teamrayasolo hahaha. Mana-mana yang bakal bertukar status syukur alhamdulillah, kalau ada kenduri tu jemput-jemput la aku di sini, sekurang-kurangnya dapat merasa kenduri
Assalamualaikum Alhamdulillah masih berkesempatan untuk update blog yang tak semenggah nih.Terpanggil untuk berkongsi tentang harga promosi yang ditawarkan oleh pihak Qatar Airways.Sebenarnya kalau diikutkan ada duit memang aku dah tempah tiket promo ni, namun apakan daya trip-trip lain masih bersusun. Kalau ikutkan hati menjerit-jerit nak terbang ke New York sebab memang menjadi angan-angan aku untuk menjelajah bandar metropolitan tersebut. Apakan daya cuci mata jelah dulu. Credit to : HERE Credit to : HERE